Tarikh : 10 Mac 2018 (Sabtu)

Masa : 12.00 tengahari - 01.00 petang

Tempat :  PI1M Sundar

Peserta : pelajar sekolah

Tujuan ;

    Latihan ini dijalankan adalah bertujuan untuk memperkenalkan microsoft word kepada para pelajar agar dapat memudahkan kerja dalam seharian terutama dalam membuat kerja khusus yang diberikan oleh guru mereka. Selain itu, latihan ini juga dapat meningkatkan kadar celik IT dalam kalangan pelajar sekolah.

Aktiviti ;

1. Petugas memberi penerangan kegunaan microsoft word kepada pelajar.

2. Peserta berpeluang menggunakan kemudahan yang disediakan oleh PI1M.

Gambar disini

Tarikh : 09 Mac 2018 (Jumaat)

Masa : 10.30 pagi - 12.30 petang

Tempat :  Bilik Latihan PI1M Sundar

Peserta : pelajar sekolah

Tujuan ;

    Bengkel ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang hala tuju pelajar lepasan SPM sekali gus memberi tujuk ajar cara-cara  untuk mengisi permohonan UPU secara dalam talian. Selain itu, bengkel ini juga secara tidak langsung dapat mendidik pelajar lepasan SPM untuk bijak dalam menilai dan membuat keputusan yang bijak mengikut kesesuaian keputusan peperiksaan yang mereka capai.

Aktiviti ;

1. Petugas memberi penerangan dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar lepasan SPM.

2. Peserta mengisi permohonan UPU secara dalam talian dengan bantuan petugas.

Gambar disini

Tarikh : 03 Mac 2018 (Sabtu)

Masa : 10.00 pagi - 04.00 petang

Tempat :  Anna Bakery

Peserta : Usahawan Kecil

Tujuan ;

    Kelas ini dijalankan adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para usahawan kecil untuk meningkatkan tahap perusahaan mereka. Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk memberi nilai positif dan sekali gus meningkatkan kemahiran para usahawan di samping mendorong mereka untuk berniaga

Aktiviti ;

1. Puan Rohana memberi penerangan cara-cara membuat kek kepada peserta.

2. Peserta berpeluang membuat kek yang diajar sendiri dengan bantuan Puan Rohana.

Gambar disini

Tarikh : 08 Mac 2018 (Khamis)

Masa : 02.30 petang - 03.30 petang

Tempat :  PI1M Sundar

Peserta : Belia

Tujuan ;

    Latihan ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada belia cara membuat dan penggunaan Maybank2U. Selain itu, latihan ini juga dapat memudahkan urusan perbankan secara dalam talian dan sekali gus dapat meningkatkan kemahiran belia dalam penggunaan internet pada masa sekarang.

Aktiviti ;

1. Petugas memberi penerangan dan memberi tunjuk ajar kepada belia.

2. Peserta berpeluang membuat sendiri akaun bank mereka dengan bantuan daripada petugas.

Gambar disini

Tarikh : 02 Mac 2018 (Jumaat)

Masa : 09.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat :  PI1M Sundar

Peserta : Komuniti Setempat

Tujuan ;

    Latihan ini dijalankan adalah bertujuan untuk membantu semua para ibu dan bapa untuk mempelajari dan mengambil tahu fungsi internet bagi urusan rasmi, khususnya dalam pendaftaran untuk anak-anak mereka memasuki prasekolah melalui dalam talian(online). Selain itu, latihan ini juga dapat meningkatkan kemahiran semua ibu bapa dalam penggunaan komputer dan internet pada masa akan datang.

Aktiviti ;

1. Petugas memberi penerangan berkaitan cara pendaftran secara dalam talian.

2. Peserta berpeluang menggunakan kemudahan yang disediakan di PI1M dengan bantuan daripada petugas PI1M.

Gambar disini