Tarikh : 28 November 2017 (Selasa)

Masa : 02.00 petang - 05.00 petang

Tempat : Bilik Latihan PI1M Sundar

Peserta : Pelajar Sekolah dan Golongan Dewasa

Tujuan ;

     Pertandingan ini dihadiri oleh lebih daripada 10 orang peserta iaitu dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk menguji tahap kepantasan menaip para peserta. Selain itu, para peserta dapat menilai sejauh dan sepantas mana mereka boleh menaip dengan menggunaka keyboard computer.Oleh yang demikian,pertandingan ini juga boleh memberi kesedaran kepada peserta bertapa pentingnya kemahiran dalam bidang ICT pada dunia sekarang.

Aktiviti ;

   1. Petugas memberi penerangan kepada semua peserta berkaitan peraturan pertandingan.

   2. Peserta diberi masa untuk menaip selama seminit.

   3. Pertandingan berjalan dengan lancar.

Gambar disini

Tarikh : 28 November 2017 (Selasa)

Masa : 02.00 petang - 05.00 petang

Tempat : Bilik Latihan PI1M Sundar

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan ;

      Pertandingan ini telah pun disertai oleh 11 orang peserta dan mereka merupakan pelajar sekolah menengah. Pertandingan ini dijalankan adalah bertujuan untuk mencungkil bakat para peserta dalam menghasilkan poster yang bagus dan kreatif. Selain itu, semua peserta dapat mempelajari software yang digunakan dalam menghasilkan poster yang baik iaitu AdobePhotoshop, secara tidak langsung para peserta dapat ilmu yang baru berkenaan dengan software yang digunakan. Disamping itu, pertandingan ini juga dapat meningkatkan tahap pemikiran para peserta supaya dapat berfikir secara luar biasa ataupun berfikir diluar kotak untuk menghasilkan poster yang bagus.

Aktiviti ;

   1. Petugas memberi tunjuk ajar cara membuat poster dengan betul dan cara-cara menggunakan software yang                    digunakan untuk membuat poster iaitu AdobePhotoshop.

   2. Petugas membuat demostrasi membuat poster menggunakan software AdobePhotoshop.

   3. Para peserta dibenarkan mengunakan software tersebut untuk membuat poster setelah petugas habis membuat               demostrasi.

   4. Pertandingan berjalan dengan baik dan tersusun.

Gambar disini

Tarikh : 28 November 2017 (Selasa)

Masa : 02.30 petang - 05.00 petang

Tempat : Bilik Latihan PI1M Sundar

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan ;

Pertandingan ini telah pun disertai oleh lebih 10 orang pelajar sekolah rendah iaitu yang berumur 12 tahun dan kebawah. Pertandingan ini dijalankan juga adalah bertujuan untuk memberi pendedahan ICT kepada para peserta yang telah menyertai pertandingan ini.Selain itu, Peserta yang bertanding juga dapat mengembangkan lagi minda mereka dan dapat berfikir dengan cepat.Oleh yang  demikian, secara tidak langsung pertandingan ini juga dapat meningkatkan tahap kepekaan peserta dalam mencari perkataan yang disediakan.

 

Aktiviti ;

   1. Petugas memberi penerangan kepada peserta tentang peraturan pertandingan.

   2. Pertandingan ini berlangsung dalam  bentuk digital iaitu dalam PC.

   3. Peserta menyiapkan tugasan yang diberikan.

Gambar disini

Tarikh : 28 November 2017 (Selasa)

Masa : 02.30 petang - 05.00 petang

Tempat : Bilik Latihan PI1M Sundar

Peserta : Pelajar Sekolah dan Golongan Dewasa

Tujuan ;

Pertandingan ini diadakan dalam bentuk kumpulan dan 6 kumpulan telah pun menyertai pertandingan ini,terdapat 3 ataupun 2 orang dalam satu kumpulan. Pertandingan ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan tahan pemikiran semua peserta dalam aspek ICT dan bukan ICT. Selain itu, pertandingan ini juga dapat menguatkan kerjasama antara ahli kumpulan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.Secara tidak langsung ikatan persaudaraan antara peserta dan petugas bertambah erat dan akrab.

Aktiviti ;

   1. Petugas menerangkan peraturan-peraturan pertandingan dan memberi tahu kepada peserta secara terperinci                   berkaitan dengan pertandingan yang mereka sertai.

   2. Petugas memberi arahan kepada sukarelawan yang ada untuk menjaga check point yang telah ditetapkan.

   3. Pertandingan berlangsung dengan lancar dan adil.

Gambar disini

 

Tarikh : 28 November 2017 (Selasa)

Masa : 09.00 pagi - 12.30 pagi

Tempat : PI1M Sundar

Peserta : Golongan Wanita Komuniti Sundar

Tujuan ;

        Bengkel kecantikan ini telah pun dihadiri oleh lebih daripada 40 orang peserta dalam kalangan wanita-wanita komuniti PI1M Sundar. Bengkel ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada golongan wanita tentang penjagaan kulit pada zaman sekarang. Selain itu, bengkel ini juga dapat memberikan ilmu baru kepada peserta yang hadir berkenaan dengan cara-cara mengunakan barangan make-up yang bersesuaian dengan kulit muka masing-masing. Disamping itu juga, bengkel ini dapat mengeratkan lagi hubungan komuniti bersama petugas dan team Mary Kay.

Aktiviti ;

   1. Petugas memberi penerangan kepada para peserta berkenaan dengan bengkel dan membuat ucap tama sebelum             Team Mary Kay menyampaikan ilmu berkenaan dengan make-up.

   2. Team Mary Kay membuat penerangan berkenaan dengan produk make up yang dikeluarkan oleh Mary Kay.

   3. Team Mary Kay membuat demostrasi tentang cara make up yang betul dengan mengikut langkah-langkah yang                 tersusun.

   4. Beberapa peserta berpeluang menggunakan make-up keluaran Mary Kay dan mencuba make-up tersebut dengan             sendiri tanpa pertolongan Team Mary Kay.

   5. Peserta yang menggunakan bahan make-up dengan betul dan kelihatan cantic mendapat cenderahati daripada Team         Mary Kay.

Gambar disini