BELAJAR MICROSOFT OFFICE,KELAS ICT,KELAS ASAS KOMPUTER,KELAS MENAIP

 

 NAMA  NURIZAN BINTI MINHAD
 UMUR  19 TAHUN
 AHLI  01.11.2017

Latar Belakang

   Nurizan salah seorang penduduk yang tinggal berdekatan dengan PI iaitu di kpg siang-siang laut,Dengan adanya Pusat Internet ini beliau mengambil kesempatan yang ada untuk meningkatkan tahap kemahirannya dalam bidang ICT. 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

   Menurut Nurizan, beliau sebelum ini pernah mengikuti kelas komputer yang diadakan di Limbang. Sepanjang kelas tersebut, beliau diajarkan mengenai asas komputer.

  Namun begitu, beliau mengakui bahawa kurang mengaplikasikan semula ilmu asas ICT yang telah diajarkan. Atas dorongan ayah Nurizan, Nurizan mengambil langkah untuk mendaftar sebagai ahli PI dan belajar ICT bagi memantapkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam ICT.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

   Selepas beberapa kelas yang dianjurkan oleh pihak PI kepada Nurizan, beliau dapat mempelajari sesuatu yang baru. Selain itu, Nurizan dapat memperkasa ilmu pengetahuan, kemahiran dan mindanya turut terbuka mengenai dunia siber.Oleh yang demikian, beliau juga dapat menguasai kemahiran lain seperti menaip dengan format yang betul.