PENGUSAHA PERNIAGAAN PELBAGAI JENIS KEK,ROTI DAN LAKSA
NAMA | DYGKU ROHANA BINTI AWGKU AMIT |
UMUR | 39 TAHUN |
AHLI | 26.05.2017 |
Latar Belakang
Puan Rohana merupakan pemilik Anna Café. Beliau merupakan seorang ibu kepada 5 orang anak perempuan. Beliau telah lama mengusahakan café tersebut. Kini, beliau bergiat aktif dalam mengusahakan bisnes kek dan pelbagai jenis roti.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Sebelum ini, Puan Rohana hanya menjual kek dengan menerima tempahan menerusi panggilan telefon dan sms sahaja. Beliau sendiri mengakui bahawa sebelum ini beliau kurang peka terhadap bisnes secara atas talian.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Dengan adanya teknologi ICT yang disediakan oleh pihak PI, beliau memanfaatkan sebaiknya seperti telefon pintar dan internet sedia ada untuk memasarkan perusahaan kek, roti dan laksa beliau di atas talian. Seterusnya, Puan Rohana turut didedahkan dengan proses menerima tempahan menerusi aplikasi media sosial seperti Whatsapp. Selain itu, perusahaan kek beliau juga turut berkembang melalui Facebook dan ini secara tidak langsung telah meningkat pendapatan bulanan beliau.