BELAJAR MICROSOFT OFFICE WORD,POWER POINT & EXCEL,ASAS KOMPUTER,PENGGUNAAN EMEL,DASHBOARD KOMUNITI
NAMA | MOHD ZULMAJID BIN BASRI |
UMUR | 15 TAHUN |
AHLI | 2017 |
Latar Belakang
Mohd Zulmajid merupakan pelajar Tingkatan 3 dan bersekolah di SMK Sundar. Zulmajid merupakan anak bongsu dalam adik beradiknya. Manakala jarak rumah Zulmajid dengan PI hanya 2 km.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Sebelum mendapat bimbingan daripada petugas PI, Zulmajid juga menerima pendidikan ICT di sekolah dan Zulmajid memberitahu bahawa beliau ingin mempelajari ICT dengan lebih mendalam lagi. Sebelum ini, beliau tidak tahu dengan kandungan dalam Microsoft Office dan tidak cekap dalam menggunakan komputer dan tidak mahir dalam menaip.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan teknologi ICT, perisian seperti Microsoft Office Word, Power Point dan Excel. Selepas menghadiri beberapa kelas yang telah dijalankan oleh petugas PI, Zulmajid dapat meningkatkan taraf pengetahuan beliau dalam ICT dan secara langsungnya beliau juga semakin mahir menggunakan Microsoft Office. Selain itu, beliau juga dapat mengetahui kegunaan Dashboard Komuniti dengan lebih terperinci.