PENIAGAAN ONLINE DENGAN PELBAGAI JENIS PRODUK (BLOUSE,PEWANGI KERETA/FLEUR & ALAT KECANTIKAN)

 1

 NAMA  NAIMAH BINTI MOKSIN
 UMUR  37 TAHUN
 AHLI  25.05.2017

Latar Belakang

   Puan Naimah merupakan seorang guru kafa di Sekolah Kebangsaan Sundar.Dia mula berjinak-jinak dengan periagaan online sejak tahun 2016 lagi.Sebelum ini beliau mengusahakan produk kesihatan dan yang terbaru ini beliau sedang giat mengsahakan perniagaan pakaian dan alat solek secara online di Facebook.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

   Sebelum ini, hasil pendapatan bulanan Puan Naimah kurang daripada RM150.00 sebulan.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

   Selepas mendaftar sebagai ahli berdaftar di Pusat Internet Sundar, Puan Naimah telah mengikuti kelas keusahawanan yang telah dijalankan di Pusat Internet Sundar.Beliau kini aktif dalam penggunaan facebook berbanding sebelum ini beliau hanya mempromosikan produk beliau melalui aplikasi whatsapp. Dengan adanya tunjuk ajar berasaskan ICT ini telah menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli produk beliau dan kini pendapatan bulanan beliau bertambah sehingga mencecah lebih daripada RM300.00 sebulan.