BELAJAR MICROSOFT OFFICE WORD,POWER POINT & EXCEL,ASAS KOMPUTER,PENGGUNAAN SEARCH ENGINE,PENGGUNAAN GMAIL & FACEBOOK
NAMA | RAMADAD BIN SHAMSUDIN ALI |
UMUR | 15 TAHUN |
AHLI | 15.09.2017 |
Latar Belakang
Adik Ramadad merupakan seorang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sundar, dia berumur 15 tahun dan berada dalam kelas tingkatan 3.Ramadad telah datang berjumpa dengan petugas Pusat Internet Sundar untuk mempelajari cara-cara untuk mendapatkan maklumat pembelajaran yang berkaitan dengan PT3 di dalam internet.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Sebelum menjadi ahli berdaftar Pusat Internet Sundar, adik Ramadad hanya memerhati sahaja rakan-rakan yang lain menggunakan komputer. Setelah beberapa minggu, adik Ramadad telah menjadi ahli Pusat Internet Sundar dan menggunakan segala kemudahan dan perkhidmatan ICT ynag terdapat di Pusat Internet.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Adik Ramadad selalu mengikuti perkembangan kelas yang diadakan dan dia sendiri telah mengikuti kelas dan latihan yang berkaitan dengan ICT. Kelas yang diikuti telah memberi ilmu baru kepada beliau dan secara tidak langsung telah memberi pengetahuan dan meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan komputer dan internet beliau.