BELAJAR MICROSOFT OFFICE WORD,POWER POINT & EXCEL,ASAS KOMPUTER DAN PENGGUNAAN SEARCH ENGINE

 

Rabiatul

 NAMA  DAYANG NURUL RABIATUL BINTI ABDULLAH
 UMUR  21 TAHUN
 AHLI  26.05.2017

Latar Belakang

   Adik Rabiatul merupakan pelajar lepasan daripada UITM. Dia baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat diploma. Setiap kali cuti semester dia akan mengambil peluang untuk berkunjung ke Pusat Internet Sundar. Jarak antara Pusat Internet Sundar dengan rumah beliau hanya 1km sahaja.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

   Sebelum penglibatan Rabiatul dalam Pusat Internet, dia sudah memahami asas komputer yang dipelajarinya sejak sekolah menengah. Beliau merupakan seorang yang ingin belajar dengan lebih mendalam lagi dalam penggunaan komputer dan internet agar dapat memudahkan urusan dalam pembelajaran beliau. Dengan adanya minat untuk belajar ini yang telah mendorong beliau untuk bertanya langsung kepada petugas Pusat Internet Sundar.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

   Setelah menyertai latihan dan kelas di Pusat Internet, Rabiatul telah mahir menggunakan kemudahan komputer dan internet. Kini beliau berkebolehan untuk mencari laman web yang memaparkan bahan rujukan belajar dan segala yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah kepada beliau. Selain itu, penggunaan dalam microsoft (word,excel dan power point) beliau juga bertambah baik.