PENGUSAHA PERNIAGAAN MINUMAN MILK SHAKE, TOKAYAKI, NASI KATOK

 

amal

 NAMA  DAYANGKU NOR AMAL FITRIAH BINTI AWANGKU SHAMSUDIN
 UMUR  19 TAHUN
 AHLI  21.03.2018

Latar Belakang

   Saudari Amal Fitriah merupakan lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan Sundar pada tahun 2017. Dia sangat meminati dunia bisnes dan mengambil subjek perniagaa dan perdagangan semasa di sekolah menengah. Kini, dia giat mengusahakan perniagaan milk shake atas dorongan keluarga. Beliau memiliki Lot kedai yang dinamakan sebagai Corner.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

   Diawal penglibatan hanya mengetahui asas komputer sahaja dan pendapatan semasa memulakan perniagaan sebanyak RM400 - RM600 sahaja sebulan. Sebelum beliau tahu menggunakan media sosial sebagai medan untuk mempromosikan produk beliau.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

   Melalui bimbingan keusahawanan yang diberikan oleh petugas Pusat Internet, Beliau berkebolehan untuk mempromosikan produk dengan menggunakan aplikasi whatsapp dan facebook. Selain itu, beliau turut dibimbing cara membuat buku menu dan poster promosi yang menarik.