PENGUSAHA KEDAI GUNTING RAMBUT

 

kaman

 

 NAMA  RAHMAN BIN ALI OMAR
 UMUR  36 TAHUN
 AHLI  2018

Latar Belakang

   Saudara Rahman merupakan anak jati Daerah Kecil Sundar dan beliau tinggal di Kampung Tanjung Pagar Sundar yang tidak jauh daripada Pusat Internet Sundar hanyalah dalam 1km sahaja jarak rumah beliau.Beliau memulakan mengusahakan kedai gunting rambut ini pada tahun 2015 yang bertempat di Pekan Sundar yang diberi nama Borneo Hair Cut.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

   Diawal penglibatan hanya mengetahui asas komputer sahaja dan pendapatan semasa memulakan perniagaan sebanyak RM500 - RM600 sahaja sebulan. Sebelum beliau tahu menggunakan media sosial sebagai medan untuk mempromosikan kewujudan kedai beliau.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

   Melalui bimbingan keusahawanan yang diberikan oleh petugas Pusat Internet, Beliau berkebolehan untuk mempromosikan produk dengan menggunakan aplikasi facebook dan whatsapp. Selain itu,beliau juga di beri bimbingan untuk menggunakan microsoft word dalam menghasilkan buku harga bagi kedai gunting beliau.Kini, kedai gunting beliau sudah dikenali dan pendapatan bulanan beliau semakin bertambah dan meningkat.