PENIAGAAN BARANGAN KEPERLUAN SECARA ATAS TALIAN

 Khadizah

 NAMA  SITI KHADIZAH BINTI HAJI HARIS
 UMUR  39 TAHUN
 AHLI  18.11.2017

Latar Belakang

   Puan Khadizah atau lebih mesra dikenali sebagai Puan Lijah merupakan seorang guru Sedidik di Kampung Awat-Awat. Minat beliau terhadap perniagaan ini sememangnya sejak beliau dari bangku sekolah lagi. Pada awalnya, beliau memulakan perniagaan ini sebagai hobi semata-mata memandangkan beliau sendiri tidak mempunyai pengalaman dalam mempromosikan perniagaan serta hanya menyasarkan ahli keluarga terdekat dan rakan sekerja sahaja. Namun kini, beliau telah mempunyai pelanggan setia yang membolehkan beliau untuk terus tetap berniaga sebagai pendapatan sampingan beliau.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

   Sebelum ini, beliau sudah didedahkan dengan cara promosi jualan di media sosial untuk meningkatkan engagement dalam sales. Pendapatan beliau hanya sekitar RM500 - RM700 sahaja.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

   Dengan adanya asas pengetahuan tentang ICT beliau telah memanfaatkan sepenuhnya dan mengaplikasikan dalam perniagaan. Puan Lijah turut menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti (MY SHOP) untuk meningkatkan sales serta promosi beliau. Di samping itu, pendapatan beliau turut meningkat daripada RM500.00 sehingga boleh mencecah RM1000 - RM3000 dan jumlah pelanggan bulanan beliau juga melebihi 15 orang.