Jawatankuasa Pekan Sundar  mempunyai 18 orang ahli yang menguruskan organisasi ini sebagai sebuah organisasi perantaraan antara penduduk kampung dan kerajaan. Antara matlamat penubuhan Jawatankuasa ini ialah menjadikan kampung yang aman damai, melahirkan insan yang berkemahiran serta mewujudkan kampung yang maju, menarik dan membangun. Ahli Jawatankuasa serta penduduk kampung ini turut berusaha menaik taraf pendidikan anak-anak kampung serta ekonomi penduduk.

Selain berusaha memajukan kampung, Jawatankuasa juga tidak mengabaikan hubungan baik antara penduduk melalui penganjuran pelbagai aktiviti atau program kemasyarakatan. Program-program sambutan Israk Mikraj, sambutan bulan kemerdekaan dan Majlis Mesra Rakyat sering dianjurkan bersama agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).