Tarikh : 14 September 2019 (Sabtu)

Masa : 03.00 petang - 05.00 petang

Tempat : Pusat Internet Sundar

Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan ;

    Kelas ini dijalankan adalah bertujuan untuk membimbing pelajar menggunakan komputer dan sekali gus memberi penerangan berkaitan fungsi-fungsi microsoft excel. Selain itu, kelas ini juga dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam penggunaan internet secara berhemah.

Aktiviti 

1. Petugas memberi penerangan berkaitan microsoft excel dengan terperinci.

2. Peserta boleh menggunakan kemudahan di PI dengan mudah.

Gambar disini

Tarikh : 10 September 2019 (Isnin)

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Tempat : Pusat Internet Sundar

Peserta : Petugas & AJK KRT Kg Tanjung Aru

Tujuan ;

    Mesyuarat ini dijalankan adalah bertujuan untuk membincangkan hasil mesyuarat bersama petugas-petugas PI Lawas. Selain itu,semasa mesyuarat ini berjalan petugas juga mengusulkan pandangan dan rangka perlaksanaan program dengan lebih terperinci.Seterusnya petugas dapat berkongsi maklumat baru daripada agensi dan pihak yang terlibat sekaligus mewar-warkan kolaborasi antara agensi lain dan PI Lawas.

Aktiviti 

1. Petugas dan AJK berkumpul untuk memulakan mesyuarat.

2. Mesyuarat berjalan dengan lancar dan mendapat kata muktamat dari kedua-dua belah pihak.

Gambar disini

Tarikh : 04 September 2019 (Rabu)

Masa : 11.01 pagi - 12.01 tangahari

Tempat : Pusat Internet Sundar

Peserta : Belia

Tujuan ;

    Kelas ini dijalankan adalah bertujuan untuk membimbing golongan belia untuk menggunakan ataupun melayari internet bagi kegunaan perbankan. Selain itu, kelas ini juga dapat menambahkan pengetahuan peserta dalam urusan perbankan melalui internet. 

Aktiviti 

1. Petugas memberi penerangan berkaitan penggunaan internet dalam urusan perbankan.

2. Peserta dapat menggunakan kemudahan di Pusat Internet dengan berhemah.

Gambar disini

Tarikh : 06 September 2019 (Jumaat)

Masa : 02.30 petang - 04.30 petang

Tempat : Pusat Internet Kg Banting

Peserta : Petugas PI Lawas

Tujuan ;

    Mesyuarat ini dijalankan adalah bertujuan untuk membincangkan perlaksanaan aktiviti yang akan dijalankan semasa program, bajet dan keberkesanan program tersebut sebelum diusulkan kepada pihak penganjur iaitu KRT Kpg Tanjung Aru Sundar.Selain itu,mesyuarat ini juga boleh merapatkan jurang komunikasi antara petugas dalam menjalankan kolaborasi bersama dengan agensi luar.

Aktiviti 

1. Petugas berkumpul dan mesyuarat dimulakan.

2. Mesyuarat berjalan dengan lancar dan mendapat kata muktamat dari semua petugas.

Gambar disini

Tarikh : 30 Ogos 2019 (Jumaat)

Masa : 09.30 pagi - 12.30 tangahari

Tempat : Pusat Internet Sundar

Peserta : Kanak-Kanak Sedidik Awat-Awat

Tujuan ;

    Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak sedidik dengan fungsi komputer dan permainan ICT serta mewujudkan semangat patriotism dalam kalangan mereka. Selain itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dan merapatkan jurang sosial antara petugas PI dengan guru dan kanak-kanak.

Aktiviti 

1. Petugas memberi penerangan berkaitan cara-cara menggunakan komputer.

2. Kanak-kanak dapat merasa sendiri untuk menggunakan komputer dengan bantuan petugas.

Gambar disini