Tarikh : 03 Oktober 2019 (Khamis)

Masa : 02.00 petang - 04.00 petang

Tempat : Pusat Internet Sundar

Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan ;

    Pertandingan ini dijalankan sempena program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Sundar, tujuan pertandingan ini diadakan adalah bertujuan untuk menguji minda para peserta supaya boleh berfikir dengan pantas untuk menyelesaikan soalan yang telah diberikan. Selain itu, pertandingan ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi tahap kemahiran peserta dalam menggunakan komputer secara amnya.

Aktiviti 

1. Petugas memberi penerangan berkaitan syarat-syarat pertandingan.

2. Peserta boleh meningkatkan kemahiran dan dapat menggunakan kemudahan di PI dengan berhemah

Gambar disini

Tarikh : 28 September 2019 (Sabtu)

Masa : 09.00 pagi - 03.00 petang

Tempat : Anna Bakery

Peserta : Golongan Wanita

Tujuan ;

    Kelas ini dijalankan adalah bertujuan untuk membantu para usahawan baru yang terdiri daripada golongan wanita untuk menceburkan diri dengan perniagaan roti dan bun serta dapat menambahkan lagi pengetahuan mereka dalam pembuatan roti dan bun. Selain itu,kelas ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran para peserta dalam menghasilkan roti dan bun yang berkualiti dan sedap.

Aktiviti 

1. Kelas dikelolai oleh Puan Rohana pemilik Anna Bakery.

2. Peserta dapat menimba ilmu pembuatan roti dan bun dengan lancar dan mudah.

Gambar disini

Tarikh : 27 September 2019 (Jumaat)

Masa : 09.50 pagi - 11.50 tengahari

Tempat : Pusat Internet Sundar

Peserta : Remaja & Belia

Tujuan ;

    Aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan remaja dan belia menggunakan kemudahan yang ada di Pusat Internet seperti Internet dalam urusan rasmi seperti ujian spa secara online. Selain itu, petugas juga dapat mempromosikan lagi perkhidmatan yang tersedia di Pusat Internet.

Aktiviti 

1. Petugas memberi penerangan berkaitan cara-cara pengguaan internet dan cara untuk masuk ke dalam laman sesawang peperiksaan.

2. Peserta dapat menggunakan kemudahan yang ada di Pusat Internet dengan terkawal.

Gambar disini

Tarikh : 27 September 2019 (Jumaat)

Masa : 11.55 pagi - 12.55 tengahari

Tempat : Pusat Internet Sundar

Peserta : Belia

Tujuan ;

    Aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk mempromosikan kesedaran dalam penyelenggaraan barangan elektronik yang telah rosak ataupun yang tidak berfungsi lagi. Selain itu, aktiviti membolehkan para belia lebih cakna lagi dalam pengurusan barangan elektronik yang rosak.

Aktiviti 

1. Petugas memberi penerangan berkaitan program Mobile E-Waste dengan terperinci.

2. Peserta dapat pengetahuan baharu berkaitan E-Waste.

Gambar disini

Tarikh : 27 September 2019 (Jumaat)

Masa : 08.46 pagi - 09.46 tengahari

Tempat : Pusat Internet Sundar

Peserta : Lepasan Sekolah

Tujuan ;

    Kelas ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada lepasan sekolah menengah untuk menghasilkan resume mengikut format dan cara yang betul bagi kegunaan dalam permohonan sesuatu pekerjaan. Selain itu, kelas ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan komputer secara amnya.

Aktiviti 

1. Petugas memberi penerangan berkaitan cara-cara menghasilkan resume mengikut format yang betul.

2. Peserta dapat menggunakan kemudahan yang ada di Pusat Internet dengan terkawal.

Gambar disini