Tarikh : 27 Ogos 2017 (ahad)

Masa : 11.00 pagi - 3.00 ptg

Tempat : PI1M Sundar

Peserta : Pelajar sekolah rendah

 

Tujuan ;

Pertandingan ini diadakan khusus untuk pelajar sekolah rendah. Di samping itu, diharapkan pertandingan ini dapat menyemai semangat cintakan negara dan mengisi masa lapang pelajar yang sedang menjalani cuti persekolahan.

Aktiviti ;

  • Penyediaan kertas mewarna merdeka kepada peserta.
  • Seramai 8 orang peserta telah mengikuti pertandingan ini. Setiap peserta telah menyediakan sendiri pensel warna masing-masing.
  • Membuat hebahan kepada pengunjung PI1M Sundar mengenai aktiviti dan program yang akan dijalankan di PI1M.

 

Gambar disini

Tarikh : 26 Ogos 2017 (sabtu)

Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : PI1M Sundar

Peserta : Pelajar sekolah dan belia

 

Tujuan ;

  • Gotong Royong ini bertujuan adalah sebagai persediaan untuk menyambut hari kemerdekaan dengan menggantung jalur gemilang di dalam dan luar PI1M Sundar.Selain itu, 
    • Gotong royong ini diadakan untuk menyemai semangat kemerdekaan dan tanda menghargai serta cintakan negara khususnya dalam kalangan pelajar sekolah.

Aktiviti ;

Aktiviti menggantung jalur gemilang sekitar PI1M dan memastikan PI1M kemas, selesa dan ceria.

Gambar disini

 

 

Tarikh : 17 June 2017

Masa :2.30 ptg - 4.30 ptg

Tempat :Bilik Latihan PI1M Sundar

Peserta : Penghulu & Ketua-Ketua Kampung

 

Tujuan ;

Mesyuarat ini diadakan bagi memilih ahli jawatan kuasa bagi PI1M SUNDAR, selain itu mesyuarat ini diadakan bagi memudahkan lagi semua urusan yang berkaitan dengan PI1M.

Aktiviti ;

MESYUARAT PEMILIHAN ORGANISASI bagi carta organisasi PI1M Sundar, antara aktiviti yang dilakukan adalah membuat pemilihan ahli jawatan kuasa yang tertinggi dan semua jawatan kuasa yang ada. Sehubungan dengan itu, semua yang hadir pada mesyuarat tersebut bersetuju dengan pemilihan yang dibuat dan sebulat suara tidak membantah wakil yang terpilih.

Gambar Disini 

 

Majlis Perasmian Penutupan MINGGU KERJAYA KENYALANG PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2017

Oleh

Y.B DATUK AMAR HAJI WANG TENGAH BIN ALI HASAN

(Kementerian Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Pelaburan serta Kementerian Perancangan Sumber & Alam Sekitar2)

 

 

Pada 23.Ogos.2017 / Rabu tempoh hari Pusat Internet 1 Malaysia Sundar juga turut tidak ketinggalan untuk membuka booth sewaktu Majlis Penutupan Minggu Kerjaya Kenyalang Peringkat Negeri Sarawak 2017. Pembukaan booth ini adalah bertujuan untuk mempromosi Pusat Internet 1 Malaysia itu sendiri kepada komuniti setempat dan dalam masa yang sama turut memperkenalkan Dashboard Komuniti kepada komuniti.

Pemeran booth ini juga melibatkan gabungan daripada Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Banting dan Pusat Internet 1 Malaysia Merapok. Pameran ini dilangsungkan selama 1 hari sahaja bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.

 Gambar Disini

Tarikh : 16 June 2017

Masa :2.30 ptg - 4.30 ptg

Tempat : PI1M Sundar

Peserta : 10 orang

Tujuan ;

Program Gotong - Royong Menghias PI1M Sempena Hari Raya ini diadakan adalah untuk memeriahkan lagi PI1M bersempena dengan perayaan HARI RAYA AIDILFITRI pada tahun ini. Selain itu, program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan bersama penduduk setempat.

Aktiviti ;

Antara aktiviti yang dilakukan semasa program diadakan adalah seperti, menghias persekitaran PI1M Sundar dengan menggantung hiasan berkaitan dengan Hari Raya seperti yang terdapat didalam gambar yang disediakan.Selain itu, pada hari kejadian tersebut kami petugas PI1M Sundar mengambil kesempatan untuk mengeratkan lagi silaturahim bersama peserta yang hadir.

Gambar Disini