Tarikh : 20 Jan 2020 (Isnin)

Masa : 08.30 pagi - 09.30 pagi

Tempat : Pusat Internet Sundar

Peserta : Belia

Tujuan ;

    Aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk membangunkan keupayaan para belia dalam penggunaan komputer dan internet untuk kegunaan di masa yang akan datang. Selain itu, aktiviti ini juga dapat meningkatkan kemahiran belia dalam penggunaan komputer sekali gus dalam menggunakan internet.

Aktiviti 

1. Petugas memberi penerangan berkaitan dengan membuat pass keluar masuk ke negara Brunei Darussalam yang diwajibkan ke atas individu.

2. Peserta berpeluang menggunakan komputer sendiri dan memberi pengetahuan baharu kepada mereka.

Gambar disini

Tarikh : 15 Mac 2020 (Rabu)

Masa : 10.09 pagi - 11.09 pagi

Tempat : Pusat Internet Sundar

Peserta : Belia

Tujuan ;

    Advokasi ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengguna terhadap sisa barangan elektronik yang perlu di lupuskan dengan cara yang betul dan berhemah. Selain itu, advokasi ini membolehkan pengguna berfikir dengan celik dan bijak dalam pengurusan barangan elektronik yang telah rosak.

Aktiviti 

1. Petugas memberi penerangan berkaitan program E-Waste.

2. Peserta didedahkan dengan maklumat berkaitan dengan penyelenggaran barangan elektronik.

Gambar disini

Tarikh : 18 Disember 2019 (Rabu)

Masa : 08.00 pagi - 03.00 petang

Tempat : Kampung Aru

Peserta : Komuniti Setempat

Tujuan ;

    Bertujuan untuk beramah mesra dengan komuniti setempat bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara petugas Pusat Internet Sundar dengan komuniti. Memberi pendedahan tentang ICT dan memberi input agar komuniti lebih cakna dengan penjagaan kesihatan.

Aktiviti 

1. Dikendalikan oleh petugas pusat internet. Pelbagai aktiviti yang diadakan seperti saringan kesihatan, taklimat klik dengan bijak, pertandingan mewarna, pertandingan beyblade, senamaerobik, sukaneka dan banyak lagi.

2. Kolaborasi dengan KRT Kampung Aru dan melibatkan agensi kerajaan, usahawan dan lain-lain.

Gambar disini

Tarikh : 31 Disember 2019 (Selasa)

Masa : 08.00 pagi - 12.00 tengahari

Tempat : Kampung Luagan

Peserta : Komuniti Setempat

Tujuan ;

    Bertujuan untuk mempromosikan nama pusat internet Sundar itu sendiri dan memperkenalkan perkhidmatan yang sedia ada.

Aktiviti 

1. Pelbagai aktiviti yang diadakan seperti saringan kesihatan, taklimat klik dengan bijak, pertandingan mewarna, pertandingan beyblade, senamaerobik, sukaneka dan banyak lagi.

2. Kolaborasi dengan KRT Kampung Luagan.

Gambar disini

Tarikh : 17 Disember 2019 (Selasa)

Masa : 05.00 petang - 06.00 petang

Tempat : Pusat Internet Sundar

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan ;

    Pertandingan yang memfokuskan tentang modul My Shop Dashboard Komuniti.

Aktiviti 

1. Petugas memberi pendedahkan tentang contoh produk sihat dan penggunaan internet.

2. Peserta lebih didedahkan dengan aplikasi Dashboard Komuniti.

Gambar disini